fbpx

Enam jemaah tabligh selamat tiba dari India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEPANG – Enam lagi ahli jemaah tabligh rakyat Malaysia selamat tiba di tanah air hari ini menjadikan jumlah yang telah dibawa pulang setakat ini seramai 176.

Mereka pulang menaiki penerbangan Air India Express dari New Delhi, India dan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 3.02 petang.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, masih terdapat seramai 13 ahli jemaah tabligh warga Malaysia yang masih menunggu diberikan kebenaran untuk pulang ke tanah air atau masih menjalani prosedur perundangan di Bihar, India.

“Para Perwakilan Malaysia di India akan meneruskan usaha dan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk menyelaras membawa mereka pulang.

“Kementerian juga akan meneruskan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan di India dalam usaha memudahcara urusan pulang baki ahli jemaah tabligh yang masih berada di negara itu,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini, kementerian telah berjaya membawa pulang seramai 176 daripada 189 orang ahli jemaah tabligh yang berada di India.

“Sebelum ini, seramai 170 ahli jemaah tabligh telah dibawa pulang menerusi beberapa siri Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR), iaitu pada 18, 22 dan 29 Julai, 26 Ogos, 18 September serta 9, 14 dan 23 Oktober lalu

“Selaras dengan peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia, semua ahli jemaah tabligh yang pulang diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari di stesen kuarantin sejajar dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI