fbpx

Ebit Lew guna kapal terbang hantar bantuan ke Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian barangan yang dihantar Ebit Lew ke Sabah menggunakan pesawat Raya Airways.

PETALING JAYA- Penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew meneruskan misi kemanusian ke Sabah dengan menggunakan perkhidmatan sebuah pesawat kargo bagi menghantar bantuan kepada petugas barisan hadapan di negeri itu.

Menerusi perkongsian beliau di laman sosial Facebook miliknya tadi, penceramah itu dilihat menyewa pesawat jenis Boeing 767 milik Raya Airways.

Ebit Lew turut meminta orang ramai mendoakan misi bantuan tersebut berikutan risau dengan keadaan mereka di Sabah.

“Ramai mesej saya untuk minta bantuan dan pagi ini saya terus hantar barangan perubatan seperti peralatan perlindungan diri (PPE), perlindung muka, pelitup muka dan pelindung kasut.

“Semua bantuan terbabit untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan petugas barisan hadapan di Sabah,” tulisnya di sini.

Berdasarkan aplikasi pemantau penerbangan, Flightradar24, pesawat itu dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada pukul 10.40 pagi sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada pukul 12.53 tengah hari. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI