fbpx

Bertens dijangka terlepas kejohanan pada awal musim 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERTENS terpaksa akur tidak beraksi pada Terbuka Australia 2021 sekiranya belum pulih sepenuhnya daripada pembedahan pangkal paha baru-baru ini.

AMSTERDAM, Belanda – Pemain ranking No. 9 dunia, Kiki Bertens berkata, dia akan terlepas aksi permulaan musim 2021 termasuk Terbuka Australia susulan baru menjalani pembedahan pada pangkal paha.

Bertens berdepan kesakitan pada kakinya sepanjang tahun 2020 dan pemain Belanda berusia 28 tahun tersebut turut membuat keputusan menarik diri dalam aksi beregu di Terbuka Australia bersama Ashleigh Barty.

Kesakitan yang dialami turut menjejaskan peluangnya pada Terbuka Perancis apabila sekadar layak ke pusingan keempat sebelum tewas kepada pemain Itali, Trevisan.

“Mungkin ada yang tahu bahawa saya sudah lama mengalami kecederaan ini. Selepas pembedahan, mungkin saya tidak akan beraksi dalam ke­adaan sakit lagi dan mampu menjalani latihan lebih lama.

“Saya terpaksa melakukan pembedahan ini supaya persiapan 2021 lebih baik dan saya mampu meraih gelaran semula. Saya tidak mahu fokus terganggu dengan kesakitan lagi,” kata Bertens.

Pemain Belanda itu meraih trofi gelaran ke-10 WTA pada Februari lalu selepas menjulang kemenangan Terbuka St. Petersburg sebelum acara tenis digantung gara-gara pandemik Covid-19.

Walaupun enam bulan tiada sebarang kejohanan, kece­deraan Bertens terus berulang dan dia juga menarik diri pada Terbuka Strasbourg September lalu.

“Mungkin musim 2021 saya tidak akan beraksi pada Terbuka Australia. Saya akan berusaha untuk kembali lebih baik dan fokus pada proses pemulihan kecederaan ini. Saya harap segalanya berjalan dengan lancar,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI