fbpx

Bekas kontraktor didakwa menipu peraduan menangi kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kee Hui (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Klang hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang lelaki warga emas sebanyak RM8,000 berhubung peraduan memenangi kereta, Ogos lalu. Foto ZULFADHLI ZAKI

KLANG – Seorang bekas kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memperdayakan seorang lelaki warga emas sebanyak RM8,000 berhubung peraduan memenangi kereta, Ogos lalu.

Tertuduh, Soh Kee Hui, 41, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Roslizi Sulaiman.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh telah memperdayakan seorang lelaki warga emas berusia 79 tahun yang akan dihadiahkan sebuah kereta jenis Toyota Vios sehingga mendorong mangsa menyerahkan sekeping kad kredit.

Tertuduh kemudiannya telah membuat pengeluaran sebanyak RM8,000 menggunakan kad kredit berkenaan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di cawangan sebuah bank di Jalan Kapar di sini, pada 10 Ogos lalu.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, sebat dan denda mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar menawarkan jaminan RM10,000 berserta seorang penjamin.

Bagaimanapun, Peguam R. Sivaraj memohon ikat jamin dikurangkan kepada RM3,000 berikutan anak guamnya yang sebelum ini bekas kontraktor telah kehilangan kerja dan kini menjadi peniaga dalam talian selain perlu menanggung isteri, bapa saudara dan adiknya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Kosmo! pada 23 Oktober lalu melaporkan taktik licik seorang lelaki yang menyamar sebagai pengurus besar rangkaian pasar raya di negara ini dengan menipu mangsa memenangi kereta tumpas selepas diberkas di Jalan Johor, Pelabuhan Klang pada 17 Oktober lalu.

Hasil siasatan mendapati suspek telah menipu 46 mangsa yang kebanyakan warga emas berusia 60 tahun ke atas dengan nilai kerugian RM456,542.54. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI