fbpx

Alfa Romeo kekal bersaing pada F1 musim depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN Alfa Romeo melanjutkan kerjasama dengan Sauber dan akan kekal bersaing pada perlumbaan F1 musim depan.

LONDON – Nama pasukan Alfa Romeo akan kekal pada saingan Formula 1 (F1) musim depan selepas syarikat kenderaan Itali itu menyambung semula perjanjiannya dengan pasukan Sauber selama satu tahun lagi.

Alfa Romeo telah mengadakan perjanjian komersial dengan pa­sukan berpangkalan di Switzerland itu sejak 2018 ketika jenama terkenal tersebut kembali me­nyertai F1 untuk kali pertama sejak tahun 1987.

Bagaimanapun, pasukan ber­­kenaan belum mengesahkan lagi barisan pemandu mereka tetapi Kimi Raikkonen dan Antonio Giovinazzi dijangka terus kekal bersama pasukan tersebut.

Pengumuman mengenai Raikkonen dan Giovinazzi dijangka dilakukan tidak lama lagi.

Pasukan Alfa Romeo ketika ini berada di kedudukan kelapan dalam carta kejuaraan pengeluar dengan berbaki lima pusingan perlumbaan pada 2020 dan sebahagian besar musim ini menyaksikan persaingan sengit bersama pasukan Williams dan Haas.

Prinsipal pasukan, Fre­deric Vasseur berkata, kedua-dua pihak sebenarnya mahu kerjasama itu membuahkan hasil bagi jangka panjang dan pihaknya telah menetapkan beberapa asas kukuh dalam tiga musim terakhir sekali gus menyasarkan untuk menuai hasil penat lelah itu pada tahun 2021 dan seterusnya.

Malah katanya, Alfa dan Sauber sedang dalam perbinca­ngan untuk memperluaskan lagi perkongsian serta kerjasama menjangkau tahun 2021, namun belum ada sebarang persetujuan dicapai setakat ini.

Bagi pemilihan pemandu utama pula, Sauber memutuskan untuk mengekalkan Raikkonen meskipun sudah berusia 41 tahun, namun juara dunia 2007 itu dilihat terus menunjukkan prestasi yang baik dan sesuai dengan profil pasukan.

Sementara itu, Ferrari mempunyai hak untuk memilih seorang lagi pemandu sebagai sebahagian perjanjian membekal enjin pasukan dan sumber mengesahkan Giovinazzi kekal dengan kedudukannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI