fbpx

799 kes positif, lapan kluster baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kes jangkitan Covid-19 hari ini.

PUTRAJAYA – Kes jangkitan Covid-19 hari ini melaporkan 799 kes termasuk daripada lapan kluster baharu menjadikan jumlah kes positif sebanyak 30,889 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes baharu membabitkan penularan tempatan dengan Sabah masih mencatatkan kes harian tertinggi sebanyak 466.

“Selangor merekodkan 150 kes diikuti Labuan (65) dan Pulau Pinang (35),” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Kesihatan hari ini.

Noor Hisham berkata, tiga lagi kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 249.

Pada masa sama, beliau berkata, sebanyak 491 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah 20,248 setakat hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI