fbpx

Zidane jangka musim sukar buat Real

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZIDANE berbangga dengan kebangkitan dan semangat para pemain ketika Real seri 2-2 dengan Monchengladbach pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

GLADBACH, Jerman – Ketua jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane tidak bimbang dengan keputusan diraih skuad bim­bingannya apabila sekadar seri 2-2 dengan Borussia Monchengladbach pada aksi Liga Juara-Juara di Borussia Park awal pagi semalam.

Bagaimanapun, Zidane, 48, percaya Real bakal berdepan tugas sukar musim ini apabila terpaksa mengharapkan jaringan pemain tengah, Casemiro pada minit ke-93 untuk membawa pulang satu mata berharga dari Jerman.

“Tidak perlu menjadikan ia satu drama kerana para pemain saya tahu bagaimana untuk bangkit selepas mereka ketinggalan dalam perlawanan ini.

“Kami sudah bermain sebenarnya dalam separuh masa pertama tetapi beberapa kesilapan individu menyebabkan kami melepaskan gol pertama kepada Gladbach. Kami akan menang kalau memanfaatkan setiap peluang yang dimiliki.

“Keputusan ini membuktikan kami akan mengharungi musim yang sukar, tetapi saya tidak bimbang, sebaliknya berbangga dengan kebangkitan dan semangat ditunjukkan para pemain,” kata Zidane.

Gladbach berjaya mendahului Real menerusi dua gol daripada Marcus Thuram sebelum The Galacticos bangkit menyamakan kedudukan pada lewat permai­nan melalui Karim Benzema dan Casemiro masing-masing pada minit ke-87 serta 93.

Keputusan itu menyaksikan Real masih belum berupaya melakar kemenangan di pentas Eropah musim ini selepas terdahulu tewas mengejut 2-3 kepada jaguh Ukraine, Shakhtar Donetsk pada aksi pertama Liga Juara-Juara minggu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI