fbpx

Warga emas maut, pembonceng parah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis mengangkat mayat Ah Kiaw yang terbunuh dalam kemalangan di Jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang semalam. FOTO MOHAMAD FAHD RAHMAT

KLUANG – Seorang warga emas maut manakala pemboncengnya parah selepas motosikal ditunggang dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Kilometer 86 Jalan Kota Tinggi – Kluang, pagi semalam.

Dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu, mangsa yang maut ialah Yong Ah Kiaw, 64, manakala pembonceng, Ng Bee Lee, 56, cedera parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa yang keluar dari simpang dari Jalan Telagi dan masuk ke jalan Kampung Sri Lambak.

“Semasa menyeberangi jalan telah dilanggar sebuab kenderaan utiliti sukan (SUV) yang datang arah Kota Tinggi menuju ke Kluang. Mangsa dan pembonceng motosikal telah tercampak ke tepi jalan.

“Penunggang disahkan mati di tempat kejadian dan pembonceng dihantar di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom untuk  rawatan kecemasan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hang Seng berkata, punca kemalangan masih dalam siasatan dan kenderaan ditahan untuk pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer.

“Klasifikasi kes mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Dalam pada itu, saksi kejadian Ahmarunizam Ahmad, 45, berkata, dia sedang melakukan persiapan bagi membuka kedai makannya di lokasi kejadian pada waktu itu.

“Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman yang kuat dan melihat dua mangsa berkenaan sudah terbaring di jalan.

“Penunggangnya ketika itu sudah nyawa-nyawa ikan manakala pembonceng wanita terkulai kakinya dan tidak bermaya serta bersuara sebelum ambulans datang tidak lama selepas itu,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI