fbpx

Warga emas gembira boleh jalani pembedahan mata 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANAPIAH berniaga kuih yang dibuat isterinya berhampiran Hospital Jitra.

JITRA – Warga emas yang berniaga kuih berhampiran Hospital Jitra gembira apabila wang bagi membiayai kos pembedahan membuang selaput mata akhirnya mencukupi.

Hanapiah Mahmud, 76, berkata, dia bersyukur kerana wang yang diperlukan bagi kos pembedahan iaitu sebanyak RM5,600 berjaya dikumpul menerusi sumbangan orang ramai.

“Sejak kisah saya disiarkan di akhbar, orang ramai di luar sana menghulurkan sumbangan menerusi akaun bank selain ada yang datang sendiri ke gerai kuih,” katanya di sini hari ini.

Katanya, dia akan menemui pakar mata di sebuah pusat perubatan swasta di Sungai Petani pada 4 November depan bagi mendapatkan tarikh pembedahan.

“Kemungkinan, pembedahan akan dilakukan pada satu mata sahaja terlebih dahulu sebelum diikuti pembedahan di sebelah lagi mata pada tarikh lain,” ujarnya.

Menurutnya, dia sekeluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menghulurkan sumbangan.

“Saya tidak kenal siapa yang beri sumbangan, jadi saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua terlibat menerusi akhbar ini,” katanya.

Tambahnya, dia juga akan mengadakan kenduri kesyukuran dengan memberikan kuih secara percuma kepada orang ramai di gerainya pada Selasa ini mulai pukul 2.30 petang.

“Saya jemput orang ramai termasuk pelanggan yang mahu rasa rasa kuih ‘orang lama’ seperti pulut udang dan lepat pisang agar datang ke gerai,” tambahnya.

Kosmo! semalam melaporkan seorang warga emas memerlukan wang sebanyak RM5,600 untuk menampung kos pembedahan membuang selaput mata di sebuah pusat perubatan swasta di Sungai Petani. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI