fbpx

Tiga selamat, seorang maut rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Bomba memberi rawatan awal kepada mangsa yang terselamat dalam kejadian kebakaran membabitkan dua buah rumah di Lebuh Melaka di sini pagi tadi.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Seorang penghuni maut manakala tiga lagi dilaporkan selamat dalam kejadian kebakaran melibatkan dua buah rumah di Lebuh Melaka di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, seorang lagi mangsa dikhuatiri terperangkap di salah sebuah rumah jenis dua tingkat terbabit.

Mangsa terselamat adalah warga Indonesia yang dipercayai menyewa bilik di kediaman berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’Azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 6.01 pagi dan tiba ke situ kurang 10 minit kemudian.

Menurutnya, tindakan pasukan dengan kerjasama anggota dari balai bomba berhampiran telah melakukan operasi pemadaman api di kediaman terlibat.

“Kita berjaya menyelamatkan tiga mangsa iaitu dua lelaki dan seorang wanita warga Indonesia manakala seorang penghuni lagi ditemui maut.

“Anggota ketika ini masih membuat pencarian ke atas seorang lagi mangsa yang dikatakan berada di dalam kediaman itu semasa kejadian berlaku,” katanya ketika dihubungi hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI