fbpx

Tiga lagi kluster ditamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLUSTER Bakawali di Johor adalah antara tiga kluster yang ditamatkan hari ini.

PUTRAJAYA – Sebanyak tiga kluster ditamatkan hari ini iaitu Kluster Bakau dan Kluster Kg. Sakong di Semporna, Sabah serta Kluster Bakawali di Johor Bahru, Johor.

Ini menjadikan keseluruhan jumlah kluster tamat sebanyak 114 manakala kluster yang masih aktif sejumlah 125.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ketiga-tiga kluster tersebut ditamatkan selepas pemantauan dan pengawasan untuk tempoh 28 hari.

Menurutnya, Kluster Bakau membabitkan 18 kes merangkumi tujuh warga Malaysia dan 11 warga asing selain satu kes kematian dilaporkan.

“Seterusnya, Kluster Kg. Sakong membabitkan 10 kes warga Malaysia dan tiada kematian dilaporkan.

“Kluster Bakawali pula melibatkan 15 kes yang kesemuanya warga Malaysia serta tiada kematian dilaporkan,” katanya di laman Twitter beliau.

Kluster Bakau adalah kluster kelima yang dikesan di Sabah selepas kematian kes indeks kluster yang berusia 50 tahun manakala Kluster Kg. Sakong pula dikesan hasil saringan komuniti di Semporna.

Kluster Bakawali pula dikesan pada 29 September lalu melibatkan kes indeks iaitu pasangan suami isteri masing-masing berusia 40 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Semporna pada 13 sehingga 18 September. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI