fbpx

SK Kampung Jambu sekolah ke-17 ditutup sementara akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

TAIPING – Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jambu di sini ditutup tujuh hari bermula esok berikutan penularan wabak Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria berkata, arahan penutupan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak itu dibuat bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi di sekolah berkenaan.

“Sepanjang penutupan tersebut, pihak sekolah diarahkan untuk memastikan semua guru dan murid di sekolah berkenaan dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.

“Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh di muat turun di portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM)melalui laman sesawang di www.moe.gov.my,” katanya.

Katanya lagi, penutupan SK Kampung Jambu akan dibuka semula pada 9 November.

Terdahulu, Razman turut memaklumkan Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Hassan di Tapah Perak turut ditutup semalam atas faktor yang sama dan akan dibuka semula pada 4 November depan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI