fbpx

Sisa minyak dialur Sungai Balak selesai dibersihkan – LUAS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja-kerja pembersihan yang telah dijalankan oleh kontraktor LUAS di alur air berdekatan Sungai Balak semalam.

KAJANG – Sisa minyak hitam dipercayai minyak enjin kenderaan yang mencemari alur air di Jalan KB1/9 Kampung Baru Balakong berdekatan Sungai Balak di sini kelmarin telah selesai dibersihkan.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam satu kenyataan berkata, kerja-kerja pembersihan sisa minyak itu selesai kira-kira pukul 11.30 malam semalam.

Katanya, proses pembersihan hanya dilaksanakan secara manual oleh pekerja awam memandangkan kuantiti minyak yang sedikit.

“Pihak LUAS telah menggunakan kontraktor panel pembersihan bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan di tapak kejadian.

“Kerja-kerja pembersihan telah selesai sepenuhnya sekitar pukul 11.30 malam semalam. Bagaimanapun pemantauan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa termasuk kesan di Sungai Balak dan Sungai Langat,” katanya di laman Facebook di sini hari ini.

Tambah LUAS kerja-kerja pembersihan itu turut dijalankan dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Indah Water Konsortium (IWK). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI