fbpx

Siasatan menyeluruh insiden Kapal Dayang Topaz sedang dilakukan – Petronas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KRU Dayang Topaz sedang diselamatkan menerusi satu pelampung. - Foto IHSAN APMM

KUALA LUMPUR – Siasatan menyeluruh sedang dijalankan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) bagi mengenal pasti punca sebenar insiden yang menyebabkan kapal MV Dayang Topaz karam di perairan Miri awal pagi kelmarin.

Petronas dalam satu kenyataan berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kesan kepada alam sekitar.

Menurutnya, laporan sebelum ini mengesyaki insiden berkenaan berpunca daripada salah satu kabel sauh kapal Dayang Topaz terputus ekoran daripada cuaca buruk sebelum melanggar struktur platform medan minyak Baram, 14 batu nautika dari perairan Miri.

“Petronas akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkenaan untuk memantau keadaan dan melakukan penilaian lebih lanjut bagi memastikan sebarang kemungkinan dapat ditangani dengan segera.

“Kami juga sedia memberikan sokongan yang diperlukan kepada DESB Marine Services Sdn Bhd,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian awal pagi kelmarin, kapal itu dipercayai bersentuhan melanggar struktur pelantar setelah dawai sauhnya terputus ketika cuaca buruk.

Ketika kejadian kapal milik DESB Marine Services Sdn. Bhd. itu sedang melakukan kerja-kerja operasi di platform Baram untuk Petronas Carigali Sdn. Bhd. (PCSB). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI