KUALA LUMPUR – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan mengaitkan beberapa pegawai kanan ditaja sindiket Macau untuk melancong ke luar negara.
Pengarahnya, Datuk Zamri Yahya berkata, pihaknya kini menjalankan siasatan berhubung dakwaan yang tular di media sosial itu.
“Kita akan minta mereka yang dikaikan dengan isu itu kemukan bukti perbelanjaan sekiranya mereka pergi melancong sendiri.
“Jika siasatan mendapati ia ditaja sindiket, tindakan lanjut akan diambil terhadap mereka yang terlibat,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya lagi, siasatan juga akan dijalankan menjurus kepada siapa penaja lawatan tersebut.
Terdahulu, tular sekeping gambar menunjukkan beberapa pegawai kanan melancong ke luar negara.
Bagaimanapun, gambar tersebut dipercayai diambil ketika lawatan beberapa pegawai kanan ke negara terbabit bagi mempelajari kaedah membanteras kegiatan judi online berdasarkan keperluan polis menangani kegiatan itu di Malaysia. – K! ONLINE