fbpx

Pejuang mahu KDN dan ROS segerakan kelulusan pendaftaran parti itu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) mendesak supaya Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) bertindak segera bagi memastikan parti itu dapat didaftarkan secepat mungkin.

Setiausaha Agung Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, selepas lebih dua bulan permohonan bertulis dan online lengkap dikemukakan kepada RoS, namun sehingga kini keputusan parti itu akan diluluskan masih belum diketahui.

Menurutnya, sebanyak tujuh permohonanan telah dibuat bermula 19 Ogos sehingga 22 Oktober lalu, namun semuanya tidak mendapat sebarang jawapan bertulis daripada Menteri Dalam Negeri dan ROS.

“Tiga bulan tanpa sebarang jawapan bertulis adalah tidak munasabah dan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa ROS kini kembali menjadi ‘alat kerajaan’ bermotifkan politik sehingga menimbulkan kecurigaan dikalangan rakyat.

“Oleh yang demikian, pihak Jawatankuasa Penaja Pejuang sekali lagi ingin Menteri Dalam Negeri dan Ketua Pengarah ROS membuat satu keputusan segera agar pendaftaran Pejuang diluluskan mengikut prinsip undang-undang,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, situasi permohonan Pejuang amat berbeza dengan pendaftaran dua buah parti lain antaranya Parti Makkal Sakti Malaysia yang diluluskan dalam tempoh dua minggu dan Perikatan Nasional pula diluluskan dengan kadar segera selepas melalui proses yang amat meragukan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI