fbpx

Kes syariah dijadualkan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai boleh merujuk garis panduan sepanjang PKPB di laman sesawang rasmi JAKESS. FOTO : ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Semua kes yang ditetapkan di semua mahkamah syariah di Selangor bermula 28 Oktober hingga 9 November depan akan dijadualkan semula.

Unit Komunikasi Korporat (UKK) Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dalam kenyataan hari ini berkata, penjadualan itu selaras Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor dalam memastikan penjarakan fizikal di premis mahkamah syariah.

Sehubungan itu, katanya, mahkamah akan menghubungi pihak-pihak yang terlibat dengan kes-kes yang telah dikenalpasti untuk diteruskan pendengarannya sepanjang tempoh PKPB berkuatkuasa.

“Selain itu, proses wakalah, afidavit, majlis sulh, sebutan kes dan perbicaraan akan dilakukan menerusi sidang video dengan permohonan dan persetujuan bersama plaintif dan defendan.

“Sementara, perkhidmatan rundingcara dilaksanakan secara dalam talian telefon,” katanya.

UKK JAKESS turut memaklumkan perkhidmatan pendaftaran kes-kes baharu tanpa janji temu di kaunter mahkamah terhad kepada pendaftaran kes-kes mendesak seperti melibatkan keganasan rumah tangga, penderaan, pengesahan Pengesahan lafaz cerai di luar mahkamah, permohonan wali raja atau merekodkan persetujuan.

Ujarnya, kes lain adalah mempunyai tempoh had masa seperti pemfailan notis rayuan dan semakan.

” Orang ramai boleh merujuk garis panduan operasi JAKESS sepanjang PKPB di laman sesawang www.jakess.gov.my. ,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI