fbpx

Kereta dihempap pokok ketika makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memotong pokok yang menghempap kenderaan milik seorang pegawai CIAST di Seksyen 11 di sini hari ini.

SHAH ALAM – Seorang pegawai pusat latihan pengajar dan kemahiran lanjutan (CIAST) yang sedang menjamu selera bersama isterinya di sebuah restoran di Seksyen, 11 di sini terkedu apabila keretanya dihempap sebatang pokok, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang, ketika Mohd. Faisal yusof, 42, baharu lima minit berada di dalam restoran tersebut.

Mohd. Faizal berkata, dia singgah ke restoran tersebut bagi menikmati makan petang pada cuti umum sempena Maulidur Rasul dengan menaiki kereta jenis Kia Spectra 5.

Katanya, kejadian berlaku dengan cepat dan tidak menolak faktor hujan lebat pada petang ini menyebabkan pokok tersebut tumbang.

“Ini kejadian seumpamanya berlaku dalam hidup dan bersyukur tiada sebarang kerosakan teruk pada kereta berkenaan.

“Saya turut memuji tindakan pantas pihak bomba dalam memberikan khidmat bantuan memotong pokok berkenaan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, Wan Mohamad Zuki Ali berkata, seramai lapan anggota termasuk beliau dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 3.15 petang.

“Operasi berjaya diselesaikan dalam tempoh tiga minit menggunakan alat pemotong khas,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI