fbpx

Guardiola tidak kisah kena kritik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA tidak kisah kena kritik kerana prestasi hambar skuad bimbingannya pada awal musim ini.

MARSEILLE – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola bersedia dikritik berdasarkan pres­tasi skuad bimbingannya yang dilihat kurang mencabar dalam permulaan saingan musim ini.

The Citizens kini menduduki tangga ke-13 Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan dua kemenangan, dua seri dan satu kekalahan ketika diaibkan 2-5 oleh Leicester City hujung bulan lalu.

Bagaimanapun, prestasi berbeza berjaya ditampilkan City dalam saingan Liga Juara-Juara apabila berjaya mencatat dua kemenangan berturut-turut termasuk ketika menewaskan Marseille 3-0 di Stade Velodrome awal pagi semalam.

“Kami perlu menerima setiap kritikan. Kami bermain setiap tiga hari dan mendapat pujian apabila menang tetapi kalau kalah, semua orang seolah-olah mahu menghancurkan anda.

“Kadang-kadang sebahagian daripada kritikan itu adalah benar dan anda perlu menerima­nya kerana inilah tugas sebagai seorang pengurus.

“Ramai orang lupa bahawa kami kurang persiapan selain ditimpa pelbagai masalah seperti kecederaan dan situasi Covid-19 tetapi saya tidak mahu menjadikan ia alasan. Saya lega kerana kami masih mampu cemerlang dalam kempen Liga Juara-Juara,” kata Guardiola.

Tiga gol City awal pagi semalam dijaringkan Ferran Torres, Ilkay Gundogan dan Raheem Sterling sekali gus melonjakkan gergasi England itu pada kedudukan teratas Kumpulan C. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI