fbpx

Empat individu berhibur ditahan ingkar PKPB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA KINABALU – Polis bandar raya ini menahan empat individu selepas didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah pusat hiburan Lintas Square malam semalam.

Dalam operasi sekitar pukul 9.30 malam itu, semua individu yang ditahan terdiri dari tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 37 sehingga 41 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, operasi dilaksanakan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu yang menjalankan pemantauan Op Covid-19.

“Kita mendapati premis berkenaan ketika ketika diserbuan sedang beroperasi dan beberapa pelanggan sedang berhibur serta meminum minuman beralkohol.

“Semua individu berkenaan ditahan kerana menjalankan perniagaan pusat hiburan serta minum di dalam premis yang mana didapati ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKPB dengan melakukan kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No 8), Peraturan 10 dan boleh dihukum mengikut Peraturan 11,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Jelasnya, kerajaan masih melaksanakan PKPB dan masyarakat hendaklah mematuhi sebarang SOP yang dikuatkuasakan.

Dalam pada itu, Habibi berkata, penentu kejayaan PKPB adalah bergantung kepada tahap pematuhan masyarakat ke atas SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut beliau, individu yang melakukan kesalahan mengikut Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

“Pesalah juga boleh dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau didenda atau kedua-duanya bagi kesalahan kedua.

“Manakala kesalahan yang berterusan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM200 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu dilakukan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI