fbpx

Boikot barangan Perancis tindakan sesuai tunjuk kemarahan umat Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Yusof Ahmad menandatangani plak perasmian kedai Misa Frozen di Seremban 2, dekat sini hari ini. Hadir sama, Mohd. Zaidi (kiri). FOTO MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE.

Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA

SEREMBAN- Pemulauan atau tindakan memboikot barangan buatan Perancis seperti yang dicadangkan banyak pihak merupakan tindakan sesuai bagi menunjukkan kemarahan umat Islam walaupun tindakan itu mungkin tidak memberikan sebarang kesan kepada negara tersebut.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad berkata, Islam amat menggalakkan untuk umatnya hidup secara harmoni termasuk dengan masyarakat yang mempunyai agama yang lain.

Namun begitu, sekiranya ada pihak yang melakukan penghinaan, umat Islam juga patut untuk menunjukkan kemuliaan diri mereka dengan memberikan tindak balas yang setimpal ke atas penghinaan yang telah berlaku.

Malah katanya, dalam al-Quran juga ada menyatakan jika seseorang itu melakukan permusuhan maka patut juga dia diberikan balasan kepada permusuhan yang sama.

“Bagaimanapun itu bukanlan secara membalasnya sejak awal, kita boleh adakan perbincangan supaya keadaan tidak menjadi lebih buruk.

“Namun, sejauh mana untuk kita melakukan pemulauan perniagaan orang lain itu terpulanglah kepada keadaan sama ada boleh mendatangkan kesan ataupun tidak, kadang-kadang apa yang kita lakukan hanya untuk menunjukkan kemarahan kita sahaja tetapi tidak memberikan kesan yang jelas.

“Tapi kalau sekiranya itu sahajalah jalan, yang kita tak dapat lagi untuk tunjukkan harapan kita kepada orang lain supaya menghormati kehidupan sesama manusia, jadi kita terpaksa untuk membuat satu tindakan yang sesuai sampai la kepada kita untuk memulaukan barangan yang dipromosikan oleh pihak musuh-musuh kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan kedai halal, Misa Frozen di Seremban 2, dekat sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Abumie Holdings Sdn. Bhd., Datuk Shamsul Najmi Shamsuddin, Pengarah Urusan Abumie Holdings Sdn. Bhd., Mohd. Shuhaimi Abu dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Mohd. Zaidi Ramli.

Mohd. Yusof mengulas seruan banyak pihak yang menyeru umat Islam di negara ini untuk turut memboikot barangan buatan Perancis bagi menunjukkan solidariti terhadap Islam dan kemajmukan beragama dalam masyarakat.

Ia susulan susulan kenyataan Presiden negara itu, Emmanuel Macron yang menyifatkan Islam adalah punca kepada semua krisis yang berlaku di dunia ketika ini selepas beliau membuat kenyataan berhubung insiden pembunuhan guru lelaki yang dipenggal kerana menunjukkan karikatur Nabi Muhammad SAW di Paris, baru-baru ini.

Tambah Mohd. Yusof lagi, tindakan yang menunjukkan kemarahan umat Islam juga adalah perlu kerana tidak mahu musuh umat Islam mengambil kesempatan untuk terus menjatuhkan maruah agama Islam.

“Kita tidak mahu juga dengan sikap kita yang tidak memusuhi pihak lain akhirnya musuh mengambil kesempatan kepada kita untuk lakukan sesuatu perkara yang boleh menjatuhkan maruah kita dan Islam sendiri,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI