fbpx

Auba sudah hilang seri dengan Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AUBAMEYANG dijangka tidak beraksi menentang Southampton esok. – AFP

LONDON – Bekas penyerang antarabangsa England, Darren Bent mengkritik prestasi kapten Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang kerana penyudahnya semakin tumpul di hadapan gawang gol sejak menandatangani lanjutan kontrak lumayan bersama pasukan itu bulan lalu.

Sebagai rekod, Aubameyang baru meledak satu gol dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini sejak menandatangani kontrak baharu bernilai £250,000 (RM1.35 juta) sehingga menyaksikan The Gunners tewas tiga daripada enam perlawanan terakhir.

Kini, sentuhan Aubameyang sangat ditagih skuad kendalian Mikel Arteta itu dalam usaha memburu kemenangan moral menjelang aksi Liga Europa menentang jaguh Republik Ireland, Dundalk di Stadium Emirates awal pagi esok.

Bagaimanapun, Bent, 36, percaya banyak faktor yang membuatkan Aubameyang hilang ke­tajaman di hadapan gol apabila dilihat seolah-olah sudah tidak berminat untuk membuktikan keupayaan selaku penyerang utama pasukan itu.

“Aubameyang adalah penyerang terbaik EPL sebelum menandatangani kontrak baharu dan ia terbukti apabila prestasinya begitu memuncak pada penghujung saingan musim lepas serta aksi Perisai Komuniti menentang Liverpool.

“Namun, selepas mendapat kontrak baharu yang lumayan, dia sudah tidak lagi bekerja keras seperti kebiasaannya. Ia tidak sepatutnya berlaku kerana anda adalah penerima bayaran ter­tinggi kelab.

“Mungkin ada protes dalaman atau sebagainya tetapi saya rasa situasi ini sangat merisaukan penyokong pasukan Arsenal apatah lagi dia memegang lilitan kapten yang tidak mampu memberi inspirasi kepada pemain lain,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI