fbpx

Abdul Rahman tokoh Maulidur Rasul Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahman (kanan) menerima hadiah Tokoh maulidur Rasul Pulau Pinang 1442 Hijrah daripada Abdul Rahman (dua dari kiri).

GEORGE TOWN – Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Ostomy Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahman Yob, 69, dinobat sebagai Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang tahun ini.

Abdul Rahman menerima trofi itu daripada Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas pada majlis ringkas Sambutan Maulidur Rasul 1442 Hijrah Peringkat Pulau Pinang di Masjid Negeri di sini malam tadi.

Majlis itu dihadiri kira-kira 200 jemaah termasuk Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor dengan mengamalkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Abdul Rahman yang merupakan bekas pesakit kanser usus yang telah sembuh sepenuhnya itu aktif memberikan motivasi kepada pesakit kanser selepas menyertai NGO berkenaan sejak kira-kira 20 tahun lalu.

Pesara guru itu yang merupakan pengasas Pusat Aktiviti Warga Emas Balik Pulau pernah mendapat anugarah Tokoh Guru Pulau Pinang 2007, Anugerah Warga Emas Negeri Pulau Pinang 2014 dan Anugerah Khas Warga Emas Peringkat Kebangsaan pada tahun – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI