fbpx

Warga emas hilang selepas mandi sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat seorang warga emas yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai mandi di sungai berhampiran tokong Cina di Kaki Bukit hari ini.

PADANG BESAR – Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas dipercayai mandi di sungai dekat sebuah tokong Cina di Kaki Bukit berdekatan Gua Kelam di sini hari ini.

Pakaian dan motosikal milik mangsa, Lee Ah Kau, 71, ditemui anak perempuannya, Lee Ming Hooi, 48, di tepi sungai tersebut kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Menurut Ming Hooi, 48, dia dihubungi ibunya kira-kira pukul 7 pagi untuk memaklumkan bahawa bapanya tiada di rumah sejak awal pagi.

“Saya keluar mencari ayah di sekitar pekan Kaki Bukit tetapi tidak menemuinya sebelum pergi ke kawasan sungai kerana mungkin dia mandi di sana berikutan tiada bekalan air pada pagi tadi

“Sebaik tiba di sungai, saya menemui pakaian dan motosikalnya tetapi ayah tiada di situ,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini tadi.

Katanya, dia kemudian melaporkan kejadian kepada pihak bomba kerana bimbangkan keselamatan bapa yang mengalami penyakit jantung.

“Sehingga petang ini, bapa masih belum ditemui dan berharap bapa ditemui selamat,” ujarnya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, Mohamad Firdaus Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.05 pagi dan sampai ke lokasi kejadian 15 minit kemudian.

Katanya, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Besar dibantu 10 anggota dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Kangar terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

“Operasi pencarian di permukaan air selain selaman turut dilakukan dua orang penyelam,” ujarnya.

Tambahnya, cabaran yang dihadapi adalah paras air yang tinggi dan deras dengan operasi pencarian dilakukan di hadapan dan dalam gua.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI