fbpx

Tiga sekolah di Kedah masih ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pegawai Esekutif Yadim, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan barang keperluan untuk keluarga kakitangan tiga penjara di Kedah yang dikenakan PKPD.

ALOR SETAR – Tiga buah sekolah di negeri ini masih ditutup susulan kes positif Covid-19 membabitkan warganya selain terletak dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Tiga sekolah tersebut adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Mohamed Al-Bukhary dan SMK Sultanah Bahiyah di daerah Kota Setar serta Sekolah Kebangsaan (SK) Dalam Wang di daerah Baling.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Kedah, Datuk Najmi Ahmad berkata, semua pelajar kecuali dari SK Dalam Wang kini menjalani pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian.

“Capaian internet lemah yang dihadapi pelajar dan guru dari SK Dalam Wang di Baling menyebabkan proses PdP secara dalam talian tidak dapat dijalankan.

“Jadi, kita telah mengarahkan pengurusan sekolah tersebut menjalankan sesi PdP secara manual,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Musaadah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)  di hadapan Penjara Alor Setar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Najmi, PdP secara manual memerlukan kalangan guru menyediakan nota dan tugasan sebelum pihak waris mengambilnya di lokasi tertentu.

“Rungutan sikit-sikit itu adalah tetapi masing masing perlu faham keadaan yang berlaku, nak buat sepenuhnya (pembelajaran) memang tidak dapat.

“Ibu bapa diharap dapat memahami keadaan yang kita hadapi sekarang ni,” ujarnya.

Kementerian Pendidikan sebelum ini mengarahkan SK Dalam Wang yang terletak dalam kawasan PKPB Kampung Padang Che Mas, Baling ditutup mulai 18 Oktober hingga 31 Oktober.

SMK Syed Mohamad Al-Bukhary dan SMK Sultanah Bahiyah di daerah Kota Setar pula diarah tutup selama tujuh hari bermula 25 Oktober hingga 31 Oktober. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI