fbpx

Rossi jadi rebutan Ford, Hyundai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSSI belum bercadang untuk menyertai perlumbaan WRC di Monza kerana ingin beraksi pada saingan Gulf 12 Hours di Litar Yas Marina, Abu Dhabi pada Januari 2021.

ITALI – Pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP, Valentino Rossi menjadi rebutan dua pasukan iaitu Ford dan Hyundai untuk menjemputnya menyertai perlumbaan Kejohanan Rali Dunia (WRC) Monza, Itali pada Di­sember nanti.

Kedua-dua pasukan tersebut yakin kehadiran Rossi dapat memberi nilai tambah kepada pasukan tersebut selain ribuan peminat di seluruh dunia yang ingin menyaksikan kehadiran juara dunia sembilan MotoGP tersebut ke dunia Rali.

Sebelum ini, Rossi pernah tiga kali menyertai perlumbaan Rali WRC iaitu pada 2002, 2006 dan 2008. Dia juga pernah menyertai perlumbaan Monza Rally Show dan menjuarai perlumbaan tersebut sebanyak tujuh kali.

Bagaimanapun, ketika ini Rossi masih belum memutuskan sama ada ingin menyertai WRC atau sebaliknya kerana pelumba Itali itu bercadang untuk me­nyertai perlumbaan Gulf 12 Hours di Litar Yas Marina, Abu Dhabi pada Januari 2021.

“Perancang awal saya tidak bercadang untuk menyertai perlumbaan di Monza kerana ingin beraksi semula di Abu Dhabi se­perti saya lakukan tahun lalu.

“Perancangan selepas ini mungkin berubah dan saya tidak pasti lagi kerana perlumbaan WRC 2020 berakhir di Monza. Sudah pasti ia menarik dan kita akan lihat bagaimana nanti,” kata Rossi.

Rossi pernah menjuarai perlumbaan di Monza pada tahun 2018 bersama jentera Ford Fiesta RS World Rally Car dan prinsipal pasukan M-Sport Ford, Richard Millener berharap Rossi dapat menyertai pasukannya menje­lang perlumbaan pada Disember nanti.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI