fbpx

Polis Sabah rampas 794 objek menyerupai senjata api tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jauteh menunjukkan salah satu permainan menyerupai senjata api ketika sidang media di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU – Sebanyak 794 objek permainan menyerupai pistol, rifle dan senjata api jenis ‘machine gun’ tiruan dirampas polis negeri ini dalam dua serbuan berasingan semalam.

Serbuan pertama membabitkan sebuah premis di Lorong Industri Inanam Juta sekitar pukul 3 petang sebelum polis menyerbu sebuah lagi premis di Bangunan ITCC, Penampang selepas didapati menjual senjata api tiruan tanpa permit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, pihaknya turut menahan lapan individu termasuklah tiga wanita berusia antara 22 hingga 55 tahun untuk membantu siasatan.

“Menerusi dua serbuan berkenaan, polis merampas semua senjata api tiruan terbabit yang dianggarkan bernilai kira-kira RM16,000.

“Nilai berkenaan termasuklah cukai yang dipercayai dibawa masuk untuk dijual kepada orang awam.

“Semua barangan yang dirampas dipercayai diimport dari China sebagai permainan kanak-kanak sebelum dijual kepada orang ramai,” katanya pada sidang akhbar di sini tadi.

Jauteh berkata, turut mendapati senjata tiruan berkenaan juga dijual secara atas talian bermula dengan harga belasan ringgit hingga RM150 setiap satu.

“Semua senjata tiruan yang dirampas terbabit menyerupai senjata api dan berfungsi dengan menggunakan bateri cas semula,” ujarnya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI