fbpx

Polis buru 12 individu terlibat pelbagai jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fadhil (kanan) menunjukkan sebahagian maklumat suspek yang kini giat diburu.

TANGKAK – Polis giat memburu 12 individu bagi membantu siasatan membabitkan pelbagai kesalahan jenayah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd. Fadhil Minhat berkata, kesemua suspek lelaki berusia antara 17 hingga 45 tahun itu dikehendaki sejak 2010.

“Tiga daripada mereka kini turut diburu polis selepas terlibat dalam pergaduhan yang menggunakan senjata di sebuah pasaraya dekat Tanjung Agas, di sini.

“Ketiga-tiga suspek dikenali Yap Soon Kuan, 17; Toh Yong Khang, 19 dan Tan Keat Soon, 24 yang beralamat di Muar, Sungai Mati dan Ampang, Selangor.

“Mereka dikehendaki di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera dan menggunakan senjata berbahaya,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) hari ini.

Menurut beliau, sembilan lagi suspek pula dikehendaki bersabit kes curi kenderaan (1), curi dalam bangunan (2), samun berkawan (2), ragut (1), cabul (1), keganasan rumahtangga (1) dan mencederakan orang (1).

“Kesemua maklumat suspek adalah seperti berikut. R. Shanmugam, 40, beralamat di Taman Angkasa, Senai; Mohd. Eddey Mahil, 42, menetap di Jalan Temenggong Ahmad, Muar; Wan Zulkefli Wan Abd Jalil, 45 beralamat di Kampung Kesang, Melaka dan Muhammad Amri Ismail, 37 alamat terakhir Kampung Jelor Pasir Puteh, Kelantan.

“Muhammad Hafizi Hussin, 27 dari Kampung Wakaf Aik Tawang, Bachok, Kelantan; Azlan Ahmad Nasudin, 29 menetap di Taman Damai Jaya, Skudai; So Wee Kang, 38 beralamat di Serom 4, Sungai Mati; V. Sureis, 36, dari Taman Gadong Kota, Negeri Sembilan dan M. Ragu Raman, 35 menetap di Taman Tangkak 2,” katanya.

Polis percaya sebahagian besar daripada kesemua suspek ini masih berada di sekitar Johor dan oleh demikian.

“Justeru, kita memohon orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan kesemua suspek ini di mana-mana balai terdekat atau hubungi pegawai penyiasat yang berkenaan,” katanya.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI