fbpx

Penutupan institusi pendidikan di Labuan dilanjutkan hingga 13 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Semua 31 institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM di Wilayah Persekutuan Labuan akan terus ditutup sehingga 13 November depan.

Keputusan itu selaras dengan pengumuman pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Labuan dari 31 Oktober ini hingga 13 November depan.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan berkata, penutupan itu membabitkan tadika, sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah swasta, Kolej Vokasional, dan Kolej Matrikulasi.

Justeru ini, katanya, pentadbir sekolah serta institusi pendidikan diarah untuk memastikan guru-guru, tenaga pengajar serta murid dan pelajar terus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.

Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal www.moe.gov.my.

Kosmo! 15 Oktober lalu melaporkan, penutupan institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM di Labuan melibatkan 19,262 murid dan pelajar. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI