fbpx

Pelanggan restoran makanan dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rajab Ahad (dua dari kanan) melakukan pemeriksaan di sebuah restoran makanan di Setapak malam tadi.

KUALA LUMPUR – Tindakan sekumpulan pelanggan masih menjamu selera selepas tamat waktu operasi dibenarkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah restoran makanan membawa padah selepas kesemua mereka dikompaun malam tadi.

Pemeriksaan yang dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju pada pukul 11 malam itu mendapati kira- kira 10 pelanggan itu masih melepak dengan alasan menjamu selera.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, kesemua pelanggan dan pemilik premis dilihat seolah-olah tidak peduli prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam tempoh PKPB.

“Bukan saja berada di luar pada waktu yang ditetapkan ada antara pelanggan yang tidak merekodkan data pengenalan diri.

“Kesemua mereka yang berusia lingkungan 20 hingga 40-an itu dikompaun susulan SOP itu sudah ditetapkan sudah lama dan tiada alasan mereka tidak tahu mengenainya,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di lokasi malam tadi.

Dalam perkembangan lain, Rajab Ahad memberitahu sebanyak 313 kompaun telah dikeluarkan polis daerah Wangsa Maju dalam tempoh 14 hari PKPB dilaksanakan.

“Secara keseluruhan sejak Mac hingga semalam kita telah keluarkan 1,185 kompaun dan kebanyakannya membabitkan kesalahan tiada penjarakan fizikal ketika berada di kedai makan, tidak merekodkan data pengenalan diri serta tidak memakai pelitup muka di kawasan sesak,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI