fbpx

Mustahil mahu pintas dua pelumba Suzuki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VINALES seolah-olah sudah mengibarkan bendera putih untuk menyaingi dua pelumba pasukan Suzuki yang dilihat sukar dipintas dalam tiga baki perlumbaan lagi.

ARAGON – Pelumba pasukan Yamaha, Maverick Vinales me­ngakui ia adalah misi mustahil untuk mengatasi dua pelumba Suzuki, Alex Rins dan Joan Mir dalam tiga baki perlumbaan musim ini.

Pelumba Sepanyol tersebut kini hanya ketinggalan 19 mata dengan Mir dalam misi perebutan gelaran dunia MotoGP 2020, namun keputusan kurang memberangsangkan pada Grand Prix (GP) Teruel yang sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ketujuh meskipun memulakan saingan di petak keempat.

Sedangkan Mir, yang memulakan saingan di petak ke-12 mampu memintasnya untuk menamatkan perlumbaan di podium ketiga. Musim ini, Vinales hanya mampu naik podium sebanyak tiga kali dan Mir pula naik podium sebanyak enam kali.

“Bagi saya sukar untuk menandingi Suzuki dengan jentera yang kita miliki sekarang. Jentera Suzuki berada pada tahap berbeza dan kami tidak dapat lakukan apa-apa.

“Kami hanya perlu berusaha untuk memiliki jentera yang le­bih sempurna di Valencia nanti. Saya akan lakukan sebaik mungkin dan bekerjasama dengan pa­sukan untuk mendapatkan pela­rasan yang positif.

“Apa yang saya lihat Suzuki mempunyai kelebihan terutama ketika di selekoh dan mereka laju di sektor tersebut. Kami berdepan masalah ketika ingin masuk selekoh dan ketinggalan sedikit.

“Saya yakin pasukan akan segera mencari jalan penyele­saian buat kami. Saya harap kami mampu lakukan terbaik dalam baki tiga pusingan ini nanti,” kata Vinales.

Sebelum ini, bukan Vinales sahaja mengakui terkesan dengan peningkatan prestasi pasukan Suzuki malah pelumba Ducati, Andre Dovizioso turut menjelaskan perkara sama dan mengakui tidak mempunyai peluang menjadi juara dunia MotoGP 2020. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI