fbpx

MB Perak bakal bertukar tidak benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani

IPOH – Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad menyangkal dakwaan khabar angin kononnya jawatan Menteri Besar akan bertukar dalam masa terdekat.

Tegas beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, dakwaan berkenaan juga adalah tidak berasas sama sekali kerana pentadbiran kerajaan negeri ketika ini berjalan dengan baik.

“Kita daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya mempamerkan kematangan dalam berpolitik, memahami dan menjiwai keluh-kesah rakyat.

“Justeru, tumpuan semua pihak ketika ini ialah untuk bersama-sama memerangi wabak Covid-19 serta bagaimana untuk membangunkan ekonomi negara khususnya demi rakyat Perak mengikut bidang tugas masing-masing. Itu perkara yang perlu diberi perhatian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta pemberita mengulas tentang satu berita tular kononnnya jawatan Menteri Besar Perak yang disandang oleh Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia bakal bertukar tangan.

Mengulas lanjut, Saarani berkata, penyebaran khabar angin berkenaan juga bukanlah baharu malah sebelum ini juga tersebar berita kononnya beliau menyokong pihak-pihak tertentu selain dihasut agar mengalihkan sokongan daripada pentadbiran sedia ada.

“Tak payah kejar. Walau apapun parti, sekarang adalah masa untuk kita bantu perang Covid-19. Kita perlu beri keyakinan kepada rakyat. Bukan melayan dakwaan-dakwaan yang tidak benar,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI