fbpx

Mayat lelaki tanpa identiti ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui berhampiran di Lebuh Raya SILK hari ini.

KAJANG – Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui dalam keadaan tertiarap di kawasan semak berhampiran jejantas Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK) di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya terima panggilan berhubung penemuan mayat itu pada pukul 8.38 pagi daripada orang awam.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap dan lengkap berpakaian tanpa sebarang kecederaan fizikal.

“Hasil pemeriksaan forensik mendapati mangsa telah meninggal dunia lebih 24 jam berdasarkan keadaan tubuhnya yang mula mereput,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, mayat dihantar ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muaz Mazlan di talian 017 978 8804 atau mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI