fbpx

Kluster Kempas: Penduduk tidak perlu cemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pekerja membuat kerja-kerja nyah kuman atau sanitasi di semua kedai-kedai di Pusat Perniagaan Taman Dahlia di sini semalam. Foto RAJA JAAFAR ALI

Oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Orang ramai khususnya penduduk di kawasan Kempas meliputi Taman Dahlia, Taman Cempaka, Taman Kemas serta kawasan berhampiran tidak perlu risau ketika berurusan di mana-mana premis perniagaan di sini.

Pengurus Komunikasi Damansara Assets Sdn. Bhd. Nuha Abdullah berkata, kesemua kedai-kedai di Pasaraya Komuniti @mart Kempas, Pusat Perniagaan Taman Dahlia seperti bahagian pasar, peruncitan dan lain-lain sentiasa di nyah kuman sejak bermulanya pendamik covid 19 pada bulan Mac lalu.

“Kerja-kerja nyah kuman dilakukan secara rutin setiap hari oleh pihak yang dilantik dengan menyembur cecair pembasmi kuman di setiap sudut kedai, dalam pasar dan siar kaki.

“Alhamdulillah dengan kerja-kerja semburan secara rutin yang dijalankan dan kepatuhan orang ramai terhadap SOP yang ditetapkan oleh KKM orang ramai seharusnya tidak perlu panik dengan khabar angin yang tidak berasas,”katanya kepada pemberita di sini semalam.

Nuha berkata, kerja-kerja semburan dilakukan sejak bulan Mac lagi sehingga hari ini bagi menjaga kesihatan para pelanggan yang berurusan di sini sementara para peniaga di minta membuat pembersihan kedai setiap hari.

Beliau turut berpesan kepada orang ramai agar jangan mempercayai berita-berita palsu yang tular di media-media sosial mengenai kawasan kempas yang kononnya dikatakan zon merah.

Kawasan di sini masih dikategorikan zon selamat dan hanya berita palsu yang disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab membuatkan orang ramai panik.

Tinjauan Kosmo! di pusat perniagaan Taman Dahlia sentiasa sibuk dengan kehadiran orang ramai yang berurusan samada untuk makan atau berbelanja.

Kerja-kerja rutin sanitasi di buat di dalam kedai, pasar basah serta kedai makan pada setiap hari selepas tamat waktu perniagaan demi menjamin keselamatan orang ramai.

Orang ramai terutama penduduk persekitaran kini lebih yakin untuk berkunjung ke Pusat Perniagaan Taman Dahlia dan Pasaraya Komuniti @Mart Kempas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI