fbpx

KL paling ramai ditahan ingkar PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur paling ramai ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam iaitu seramai 192 individu.

Selain Kuala Lumpur, negeri Selangor dan Sabah turut mencatatkan jumlah yang ramai individu ditahan atas kesalahan sama iaitu masing-masing 155 dan 36 orang.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, secara keseluruhan, seramai 508 individu ditahan pada hari ke-140 PKPP dilaksanakan.

Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 501 individu telah dikompaun, manakala 6 individu lagi direman dan seorang dijamin.

“Kesalahan ingkar PKPP yang telah dikesan adalah tidak memakai pelitup muka 160 kes, gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (113); tiada penjarakan fizikal (97); premis beroperasi lebih masa (33); aktiviti di pusat hiburan (10) dan lain-lain (95).

“Pasukan Task Force akan terus mempertingkatkan pemeriksaan serta mengambil tindakan ke atas pemilik premis dan orang awam yang tidak mematuhi SOP PKPP yang ditetapkan,”katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI