fbpx

KKM harap dapat lebih banyak peruntukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham.

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berharap lebih banyak peruntukan dapat diberikan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dalam Bajet 2021 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 6 November ini.

Beliau berkata, peruntukan tambahan itu antara lain bagi membolehkan penubuhan hospital khusus penyakit berjangkit dapat direalisasikan seperti perancangan KKM lebih-lebih ketika negara berdepan pandemik Covid-19.

“KKM sememangnya mengharapkan lebih banyak peruntukan kepada kementerian ini supaya perkhidmatan kesihatan terbaik dapat diberikan kepada rakyat di negara ini bagi penyakit berjangkit dan tidak berjangkit.

“Kita juga melihat kepada penubuhan hospital penyakit berjangkit melalui peruntukan yang diberikan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, peruntukan kepada KKM juga diperlukan bagi menambah latihan-latihan kepada pakar-pakar di lapangan dan juga perubatan di hospital.

“Jadi KKM memerlukan penambahan peruntukan untuk kita pertingkatkan lagi aktiviti dan perkhidmatan kesihatan buat rakyat di negara ini,” katanya.

Bajet 2021 akan dibentangkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI