fbpx

Kes demam denggi di Ipoh meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Kes demam denggi di kawasan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mencatat peningkatan kira-kira 140 peratus apabila sebanyak 1,165 kes telah dilaporkan sehingga 24 Oktober lalu melibatkan satu kematian berbanding 485 kes pada tempoh sama tahun lalu.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, bagi wabak Chikungunya pula sebanyak 583 kes pula telah dilaporkan sepanjang tahun ini.

Menurut beliau, berikutan peningkatan kes denggi beberapa langkah pencegahan serta kawalan diambil seperti menjalankan kempen kesedaran denggi dan chikungunya sejak Jun lalu yang melibatkan penyertaan komuniti.

“Kempen-kempen yang dijalankan dapat membantu menurunkan lokaliti wabak apabila 35 lokaliti wabak denggi yang dicatat pada 15 Jun telah menurun kepada sifar wabak sejak Oktober yang bermaksud wabak terkawal.

“Penglibatan pihak berkuasa negeri, pemimpin politik dan ketua-ketua komuniti
pada program turun padang turut memberi kesan selain hebahan melalui media massa termasuk menggunakan saluran media sosial,” ujar dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu kata Rumaizi, pelaksanaan program gotong-royong dengan amalan mengikut norma baharu bagi tujuan pembersihan kawasan dengan bantuan lojistik MBI turut banyak membantu dalam pengurangan kes denggi.

Sehubungan itu, beliau mahu masyarakat sama-sama memainkan peranan dengan memastikan kebersihan di kawasan kediaman masing-masing khususnya memeriksa tiada pembiakan jentik-jentik. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI