fbpx

Johor peruntuk jumlah belanjawan lebih besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni bergambar bersama para penerima Inisiatif Modal Insan pada Majlis Penyampaian Inisiatif Unit Strategik Modal Insan Johor dan Pelancaran Buku Panduan TVET Johor di Bangunan Datuk Jaafar Kota Iskandar, Iskandar Puteri hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri akan menyediakan peruntukan berkaitan Covid-19 yang melibatkan satu jumlah yang besar dalam pembentangan Belanjawan Johor 2021 pada bulan depan.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, tumpuan kerajaan negeri adalah bagi membantu mereka yang terjejas akibat Covid-19 termasuk petugas barisan hadapan seperti kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta agensi berkaitan.

Walaubagaimana pun katanya, peruntukan tersebut haruslah mengikut kemampuan fiskal kerajaan negeri bagi membantu golongan yang terkesan penularan pandemik tersebut.

“Tumpuan kita adalah kepada golongan yang terkesan selain petugas barisan hadapan yang terlibat dengan usaha untuk memerangi Covid-19 ini.

“Kita mengambil pendekatan bahawa kerajaan negeri perlu mempunyai kedudukan fiskal yang sihat dalam usaha menguruskan bajet setiap tahun.

“Jadi, walaupun kita mahu berbelanja lebih seperti yang dimahukan, kita juga perlu memastikan kedudukan fiskal negeri berada dalam keadaan yang stabil. Itu menjadi prinsip Bajet Johor,” katanya di sini tadi.

Hasni berkata, kerajaan negeri akan mengikut secara dekat pembentangan Belanjawan Persekutuan dan bersedia untuk menjadikan Belanjawan Johor 2021 seiring dengan kerajaan pusat.

“Kerajaan negeri akan mengikuti dengan dekat bajet Kerajaan Persekutuan dan kita akan bersedia untuk menjadikan bajet Johor akan dapat membantu usaha-usaha Kerajaan Persekutuan khususnya menangani Covid- 19,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI