fbpx

Dua maut, 185 kru terselamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETUGAS keselamatan menurunkan kru yang cedera untuk mendapatkan rawatan di Pelabuhan Miri.

PETALING JAYA – Dua maut, manakala 185 lagi kru terselamat selepas sebuah kapal penyelenggaraan, Dayang Topaz terlibat dalam kemalangan kira-kira 14 kilometer dari perairan Kuala Baram di Miri, Sarawak semalam.

Dalam kejadian itu, dua ­mang­sa­ dilaporkan cedera dan mene­rima rawatan di Hospital Miri.

Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRCC) Putrajaya menerima aduan daripada kapal Sapura Construction pukul 6.45 pagi.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Ma­ritim Datuk Mohd. Zubil Mat Som berkata, kapal tersebut menerima isyarat kecemasan daripada kapal Dayang Topaz pada kedudukan 14 kilometer dari Kuala Baram.

“Kapal Sapura Construction bergerak untuk mengesan kedudukan sebenar Dayang Topaz yang dilaporkan mulai ka­ram.

“Seramai 62 kru masih berada di atas kapal, manakala 125 kru lagi bertindak terjun ke laut,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

MOHD. ZUBIL

Menurut Mohd. Zubil, aset-aset bantuan melibatkan tiga kapal dan sebuah bot APMM bersama tujuh kapal dan bot milik Petronas dan Shell digerakkan untuk operasi menyelamat.

Kesemua mangsa terdiri daripada 185 warga tempatan dan dua warga Indonesia berusia 21 hingga 63 tahun.

Jelas beliau, daripada 125 kru yang terjun ke laut, seramai 121 orang berjaya diselamatkan namun seorang meninggal dunia.

“Empat lagi yang hilang kemudiannya ditemui dalam keadaan selamat,” katanya.

Mangsa-mangsa yang di­selamatkan dibawa ke Miri oleh kapal-kapal yang terlibat dengan operasi menyelamat, manakala dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Miri.

Mohd. Zubil memberitahu, MRCC Putrajaya mengesahkan insiden yang berlaku itu berpunca daripada salah satu kabel sauh yang terputus ekoran daripada cuaca buruk.

Keadaan tersebut menyebabkan kapal berkenaan hanyut dan melanggar platform pelantar minyak Baram B.

Sementara itu, APMM dalam satu kenyataan memberitahu, dua mangsa yang meninggal du­nia diterbangkan dengan Pesawat AW 189 Petronas dan mendarat di Lapangan Terbang Miri pada pukul 5.40 petang.

Kedua-dua mangsa yang maut merupakan rakyat tempatan dan diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke hospital.

Seramai 173 kru yang selamat tiba di jeti Pelabuhan Miri manakala 12 lagi masih berada di atas kapal bagi memastikan ke­selamatan kapal. Kapal tersebut tidak tenggelam.

“Kesemua mangsa menjalani ujian saringan Covid-19 dan akan ditempatkan sementara di sebuah fasiliti penginapan bagi tujuan kuarantin,” katanya.

Menurut kenyataan itu, ope­rasi mencari dan menyelamat akan ditamatkan setelah semua mang­sa dikenal pasti dalam masa terdekat.

Operasi mencari di laut melibatkan sebuah bot dan dua kapal milik APMM, 13 buah kapal Petronas dan Shell serta empat buah pesawat udara daripada Petonas, Tentera Udara Diraja Malaysia, bomba dan Brunei Shell Petro­leum melibatkan seramai 300 orang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI