fbpx

Bridget Negaraku sumbang 800 PPE kepada petugas hadapan di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang anggota sukarelawan Bridged Negaraku sedang memasukkan set PPE ke dalam sebuah kontena untuk dihantar ke Sabah. FOTO : MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM – Sebanyak 800 peralatan perlindungan diri (PPE) hasil tangan banduan penjara Jelebu disumbangkan kepada petugas barisan hadapan di dua buah hospital di Sabah, hari ini.

Penolong Setiausaha Briged Negaraku, Hasleenda Nazeri berkata, peralatan itu penting memandangkan
pasukan perubatan di dua hospital iaitu Hospital Lahad Datu dan Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) tersebut memerlukannya untuk merawat pesakit Covid-19.

“Kita sedia maklum bahawa kes Covid-19 di Sabah masih lagi tinggi dan set PPE ini terdiri daripada pelitup muka, gaun dan pelindung kasut.

“Secara pecahannya, 500 set PPE kepada Hospital Lahad Datu dan selebihnya untuk HQE II dengan kos keseluruhan dianggarkan bernilai RM25,000,” katanya sidang akhbar selepas hadir ke Projek Sumbangan Kelengkapan Perlindungan Diri di Pusat Logisitik Pharmaniaga di Seksyen 15 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hasleenda berkata, PPE tersebut dihantar melalui kurier Pharmaniaga dan dijangka tiba di dua hospital tersebut dalam tempoh dua minggu lagi.

“Sumbangan ke Sabah merupakan kali pertama berbanding sebelum ini kita hanya menghantar bantuan kepada pasukan petugas hadapan di dalam Semenanjung sahaja.

“Kita berharap dengan bantuan ini membantu dalam mengekang penularan Covid-19 dan pasukan petugas hadapan terus kuat semangat dalam merawat pesakit Covid-19,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN