fbpx

BewhY kahwin sebelum masuk kem tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEWHY

MEMETIK sebuah laporan media pada 22 Oktober lalu, penyanyi rap BewhY disahkan akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

BewhY atau nama sebenarnya Lee Byung-yoon akan mendirikan rumah tangga dengan tunangnya pada Disember depan selepas lapan tahun menjalin hubungan cinta. Majlis perkahwinan penyanyi itu akan diadakan secara sederhana dan tertutup sebelum dia mula melaporkan diri untuk menjalani latihan ketenteraan pada tahun depan.

“Saya mahu berkongsi berita paling bahagia ini kepada kalian. Saya amat bertuah kerana bertemu dengan seseorang yang boleh dipercayai ketika berusia 20 tahun.

“Selepas lapan tahun bersama, kami sepakat untuk meneruskan kehidupan ke peringkat seterusnya sebagai sebuah keluarga,” ujarnya.

Pada masa sama, BewhY, 27, berharap berita perkahwinannya tidak akan mendatangkan rasa kurang senang peminat kerana selama ini tunangnya kerap dicemuh gara-gara mereka menjalin hubungan cinta.

“Selama ini, tunang saya berdepan dengan banyak komen jahat daripada netizen. Kejadian itu membuatkan dia terpaksa memadam akaun media sosial sebanyak dua kali.

“Jadi, saya harap keputusan ini tidak akan menimbulkan isu yang sama kepada peminat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI