fbpx

Bapa noda anak tiri 12 tahun didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pengganggur didakwa merogol anak tirinya berusia 12 tahun di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini. Foto KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan merogol anak tirinya yang berusia 12 tahun di sini.

Tertuduh yang berusia 29 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Kamarudin Kamsun.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang merupakan seorang penganggur itu didakwa melakukan perbuatan itu di rumah mereka di Taman Ungku Tun Aminah antara 17 Mac hingga 29 Jun 2020.

Sehubungan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 B Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang sepuluh tahun dan tidak lebih 30 tahun.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lydia Salleh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam prosiding berkenaan, Lydia memohon mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana tertuduh masih tinggal di kediaman sama ketika ditahan polis.

Hakim kemudian memerintah tertuduh tidak diberi kebenaran jamin selain menetapkan tarikh 2 Disember ini bagi sebutan semula kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI