fbpx

Bantuan kewangan tambahan untuk B40, M40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta mempertimbangkan bantuan kewangan tambahan kepada golongan B40 dan M40 yang semakin terbeban disebabkan penularan wabak Covid-19.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bantuan itu amat diperlukan terutama di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

“Pakej rangsangan ekonomi negara sebelum ini terbukti berjaya meringankan beban rakyat dan menjamin aliran tunai perniagaan, namun telah berakhir pada masa yang genting ini.

“Inisiatif Program PENJANA juga perlu dilanjutkan terutamanya untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) demi mengekalkan pekerja dan mengelakkan peningkatan kadar pengangguran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Mohamad memaklumkan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) dalam laporan terbarunya menurunkan unjuran keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebenar tahun 2020 kepada -5.5 peratus

Menurut beliau, penurunan unjuran itu berdasarkan kepada penurunan besar kadar pertumbuhan ekonomi dalam suku kedua pada -17.1 peratus, lonjakan semula kes Covid-19 dan pelaksanaan kembali PKPB serta tiada langkah mitigasi tambahan kerajaan pada suku sebelumnya terutama bagi PKS. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI