KUALA LUMPUR – Asia Poly Holdings Bhd. (Asia Poly) mencatat untung bersih sebanyak RM4.09 juta pada suku ketiga tahun kewangan berakhir 30 September 2020 berbanding rugi bersih sebanyak RM2.13 juta pada suku sama tahun sebelumnya
Hasil syarikat yang disenaraikan di Pasaran ACE dan terlibat dalam pengilangan kepingan acuan arkilik itu tumbuh sebanyak 49.05 peratus kepada RM30.12 juta berbanding RM20.21 juta
Menurut Pengerusi Eksekutif Asia Poly, Datuk Yeo Boon Leong, peningkatan tersebut dipacu daripada permintaan kukuh di pasaran tempatan dan juga eksport.
Keputusan yang menggalakkan pada suku ketiga itu telah menyumbang kepada hasil terkumpul dan keuntungan bersih bagi sembilan bulan Kumpulan tersebut kepada RM57.29 juta dan RM4.70 juta masing-masing, berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.
“Prestasi ini meletakkan Asia Poly dalam arah yang baik untuk kembali untung pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 selepas mencatat kerugian sejak dua tahun berturut-turut sebelum in,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.