fbpx

Anggota tentera ditemui mati tergantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Seorang anggota tentera yang bertugas di Pusat Latihan Askar Wataniah (Puswatan) ditemui mati tergantung di kawasan tempat kereta pejabat pentadbiran pusat tersebut di Jalan Raja Dihilir di sini hari ini.

Anggota berpangkat sarjan berusia 37 tahun itu ditemui rakannya dalam keadaan terjerut pada pukul 7.09 pagi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 7.40 pagi sebelum sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian untuk siasatan.

Katanya, setibanya di lokasi, didapati seorang lelaki tergantung di bawah tempat letak kereta berbumbung dalam keadaan berbaju dan berseluar sukan panjang berwarna hitam.

“Mangsa dijumpai dalam keadaan leher terjerut dengan seutas tali plastik dan dipercayai membunuh diri dengan cara mengantung diri.

“Siasatan awal ke atas tubuh lelaki itu mendapati tiada kesan-kesan atau unsur jenayah pada tubuh mangsa,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

“Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca mangsa bertindak demikian dan kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI