MANCHESTER – Bintang Manchester United menyifatkan laporan yang mendakwa dia akan keluar daripada skuad kebangsaan disebabkan kenyataan Presiden Perancis, Emmanuel Macron terhadap Islam sebagai berita palsu.
Terdahulu, terdapat laporan berita dari Timur Tengah mendakwa pemain tengah Perancis itu bertindak keluar daripada skuad Les Bleus kerana dikatakan kesal dengan kenyataan Macron yang menuduh Islam punca keganasan antarabangsa.
Macron dikatakan mengecam serangan terhadap seorang guru iaitu Paty, 47, yang ditikam dan dipenggal kepala ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah menengah di Conflans-Sainte-Honorine, kira-kira 40 kilometer di barat laut Paris.
Presiden Perancis itu menggambarkan insiden itu sebagai serangan pengganas Islam sambil menambah, hanya perpaduan dan keteguhan merupakan satu-satunya jawapan terhadap pengganas Islam.
Tiada sebarang tanda bahawa Pogba menyokong sebarang tindakan pengganas itu, namun laman web sukan Arab iaitu 195.sports.com mendakwa pemain tersebut kesal dengan gambaran Macron mengenai pengganas Islam.
Party sebelum itu dikatakan menjadi sasaran selepas menunjukkan karikatur Nabi Muhammad SAW kepada para pelajarnya.
Bagaimanapun, Pogba menafikan mengenai berita tersebut menerusi laman Instagramnya sebagai; “Tidak boleh diterima. Berita palsu.” – AGENSI