fbpx

Tenang sebelum ribut politik Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
MOHAMAD AZLAN JAAFAR
PENGARANG KUMPULAN MEDIA MULIA

Ada pepatah mengatakan tenang sebelum ribut. Itu suasana ketika ini. Sehari selepas pengumuman Yang di-Pertuan Agong yang menolak permohonan pengisytiharan darurat, dapat dirasakan bahawa ‘ribut’ akan tiba.

Seharian semalam, parti politik mengadakan perbincangan tertutup bagi mengatur langkah seterusnya.

Penolakan cadangan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong adalah satu tamparan kepada Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehingga semalam, perbualan ialah mengenai kepimpinan negara dan apa akan berlaku selanjutnya.

Adakah parti-parti politik dapat mencapai konsensus untuk bekerjasama?

Adakah ini masa yang akan menyaksikan perubahan dalam tampuk kepimpinan?

Bolehkah parti-parti yang telah menghabiskan sembilan bulan lepas sejak langkah Sheraton berseteru dapat mencari titik persamaan.

Atau adakah pihak yang merasakan ini masa sesuai untuk membuat tuntutan ke jawatan paling tinggi di negara ini?

Ketika ini kerajaan PN dilihat goyang kerana beberapa takrifan berikutan penolakan cadangan kepada darurat.

Pertama, ia kali pertama Yang di-Pertuan Agong menolak nasihat Perdana Menteri. Ia sendiri memberi kesan besar kepada kerajaan memerintah yang membawa cadangan.

Ia juga dilihat sebagai vote of confidence atau ketiadaan keyakinan kepada pentadbiran negara.

Terdapat perbualan di dalam kerajaan sendiri yang menyatakan bahawa Perdana Menteri tidak diberikan nasihat berhubung cadangan darurat itu sebelum dipanjangkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kepada parti seperti UMNO, ia masa untuk menuntut hak sebagai komposisi paling besar dalam PN dan diberikan peluang menerajui negara selepas apa yang dirasakan kehilangan ‘kaki’ kanan oleh kerajaan PN di mata rakyat.

Penarikan diri UMNO tidak boleh dinafikan. Pada masa sama, Warisan dari Sabah sudah menghulurkan tangan untuk bekerjasama selaras nasihat Agong supaya politicking dikurangkan dan kebajikan rakyat diberi keutamaan.

Mencari titik persamaan antara parti-parti politik di Malaysia adalah sesukar mencari jarum dalam tumpukan jerami.

Perseteruan selama sembilan bulan meninggalkan kesan mendalam. Luka mungkin sembuh, tetapi parut tidak hilang.

Membaiki atap yang bocor atau dinding yang retak mungkin penyelesaian sementara. Mungkin meruntuhkan semula rumah yang usang dan membina semula daripada debu-debu kegagalan akan menghasilkan mahligai yang berkekalan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI