fbpx

Sudah setahun Daus tak jumpa anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAUS ELI

PENYANYI Daus Eli yang mengeluarkan single Takdir Cinta pada 28 Ogos lalu baharu sahaja melancarkan video muzik lagu tersebut baru-baru ini.

Istimewanya, video muzik arahan Azuad Abdullah itu memaparkan kisah benar yang berlaku dalam kegagalan rumah tangganya, selain menjawab segala persoalan yang timbul dalam kalangan peminat sebelum ini.

“Biarpun video itu kisah benar kehidupan saya, tetapi tidak sepenuhnya dipaparkan di situ, hanya 60 peratus sahaja. Saya masih mahu menjaga sensitiviti pihak lain. Tidak mahu timbul sebarang isu pula. Cuma, menerusi jalan cerita video muzik ini menjadi cara saya mahu mendekati masyarakat.

“Apa yang pasti, segala persoalan terjawab dalam video muzik ini. Saya mahu beritahu kepada masyarakat dan netizen, saya bukan suka-suka nak bercerai. Kalau nak tahu sebab apa, kena tonton video muzik ini.

SALAH satu adegan memori cinta lama dalam video muzik Takdir Kita dendangan Daus.

“Sejujurnya, idea ini daripada saya sendiri. Tetapi, saya bersama pasukan daripada pihak pengurusan Nova Music berbincang untuk menambah baik apa yang perlu supaya lebih menarik,” kata pemilik nama penuh Muhd. Shahril Firdaus Eli itu.

Seperkara yang tidak boleh dinafikan Daus, dia mengakui sebak sekali gus mengimbau kenangan lama ketika menjalani penggambaran.

“Semasa rakaman memang terasa sebak kerana mengembalikan memori lama. Tetapi saya cuba tahan perasaan sebab tidak mahu terlalu terbawa-bawa.

“Saya cuma fikir, apa yang dipaparkan dalam video muzik itu bukan mengenai saya semata-mata, tetapi pasti ada orang lain pernah melalui pengalaman sama.

“Ibaratnya saya mewakili perasaan mereka dengan menceritakan kisah mereka dalam video muzik tersebut.

“Biar tidak meraung, tetapi nampak kesedihan dilalui dalam babak yang dilakonkan dalam video muzik ini,” katanya.

Lupakan kisah lalu

Ditanya tidakkah dia bimbang jika dikatakan masih belum move on kerana memaparkan kisah peribadi dalam video muzik, Daus ada jawapan tersendiri.

“Sebenarnya, saya sudah lama move on. Namun, apabila saya perdengarkan lagu ini kepada pihak pengurusan, mereka berminat untuk keluarkan.

“Alasan utama, lagu ini lebih matang dan kena dengan peredaran muzik semasa. Ditambah pula lagu ini ada kaitan dengan kehidupan saya sendiri.

“Disebabkan itu, video muzik ini pun mengisahkan tentang kehidupan saya. Jadi, video muzik ini memaparkan peristiwa awal perkahwinan sehinggalah saya bercerai,” jelasnya.

Mengenai tiga orang anaknya, Daus mengakui sudah lebih setahun tidak bertemu mereka.

“Anak-anak memang di Sarawak. Sejak bercerai mereka memang dijaga bekas isteri. Cuma, sejak saya berada di Kuala Lumpur, memang tak berpeluang jumpa mereka lagi.

“Apatah lagi dalam suasana yang melanda negara sekarang, menyukarkan kami untuk berjumpa. Saya tak nak ambil risiko berjumpa mereka dalam keadaan sekarang. Insya-Allah, tunggu masa sesuai, kalau dah okey, baru saya balik.

“Dengan kecanggihan teknologi sekarang, kami boleh berhubung menerusi panggilan video. Jadi, terubat juga rindu terhadap mereka. Bekas isteri juga okey, selagi saya tak lupakan tanggungjawab,” tutupnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI