fbpx

Proton X50 dilancarkan, dijual bermula RM79,200

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
3,583 unit Proton X50 terjual April lalu.

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD NOR

KUALA LUMPUR – Proton melancarkan kenderaan utiliti sukan segmen B yang paling ditunggu-tunggu, Proton X50 secara maya hari ini yang membawa tag harga bermula RM79,200.

Ia untuk varian X50 paling bawah iaitu 1.5T Standard, manakala bagi varian 1.5T Executive, ia dijual pada RM84,800; 1.5T Premium (RM93,200) dan 1.5TGDi Flagship berharga RM103,300.

Harga atas jalan, tanpa insurans itu ditawarkan sehingga 31 Disember depan yang memanfaatkan pengecualian cukai jualan kenderaan di bawah skim Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

X50 turut didatangkan bersama waranti selama lima tahun tanpa had perbatuan dengan kadar faerah pembiayaan bermula 2.22 peratus setahun.

Menggunakan enjin 1.5 liter turbo yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan klac berkembar, Proton X50 ditawarkan dalam enam pilihan warna iaitu snow white (putih), armour silver (perak), jet grey (kelabu), ocean blue (biru), citric orange (jingga) dan passion red (merah).

Ia dilengkapi dengan ciri keselamatan iaitu enam beg udara, kamera undur, kamera 360 darjah untuk varian Premium dan Flagship serta advanced driver assistance system bagi varian Flagship.

Kenderaan tersebut didatangkan dengan paparan skrin sentuh bersaiz antara lapan hingga 10.25 inci mengikut varian dan boleh dihubungkan dengan internet.

Antara teknologi menarik ialah pengguna boleh menghidupkan enjin dan penyaman udara menerusi telefon pintar mereka menggunakan aplikasi Proton Link. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI