fbpx

Polis kesan saksi kes bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat lelaki warga asing disyaki dibunuh yang ditemukan di dalam longkang Jalan Bestari, Sungai Kapar, Klang pada Ahad lalu.

KLANG – Polis mengesan saksi yang mempunyai maklumat berhubung penemuan mayat seorang lelaki warga asing yang disyaki mangsa bunuh di dalam longkang Jalan Bestari 2A/KU7, Sungai Kapar di sini baru-baru ini.

Mayat lelaki berusia berusia 50-an itu ditemui dalam keadaan menangkup pada pukul 1.19 tengah hari, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, penemuan itu hasil maklumat orang awam yang melalui kawasan tersebut.

Katanya, hasil bedah siasat mendapati lelaki itu yang mempunyai ketinggian hampir 170 sentimeter dan berjambang panjang sehingga ke dada.

“Pakaian semasa dijumpai adalah jenis kurta berwarna ungu dan seluar pendek berwarna putih hingga paras lutut.

“Kita mempercayai mayat tersebut telah dibuang lebih kurang seminggu sebelum ditemui,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan, keadaan mayat yang tidak sempurna itu menyebabkan kesukaran bagi melihat kecederaannya yang dialami mangsa.

Jelas Nurulhuda, kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis meminta sesiapa yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini tampil untuk memberikan maklumat bagi membantu siasatan di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Klang Utara,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI